AKTIVITI LAUT
Berbagai aktiviti laut boleh di lakukan
di Pulau Pangkor seperti snorkerling,
menaiki jet ski, island hooping,
berkayak, banana bot dan lain lain lagi.
Bagi yang meminati aktiviti memancing,
anda boleh memancing di sepanjang
pantai dan paling popular ialah mencandat
sotong. Oleh itu, jika ke Pangkor jangan
lupa membawa pancing dan juga umpan
candat. Untuk yang meminati memancing
di luar pantai, kami juga menyediakan
bot dengan harga berpatutan
.AKTIVITI SUKAN LAUT DAN PANTAI
Para pelancong berpeluang untuk merasai pengalaman pelbagai aktiviti sukan air dan pantai diPantai Pasir Bogak dan Pantai Teluk Nipah. Antara nya adalah seperti bermain jet ski, menaikibanana bot, berkayak, island hopping dan juga bermain bola tampar pantai.Kami akan menguruskan keperluan Anda untuk pelbagai aktiviti ini. Sila nyatakan waktu dan jenis aktiviti semasa Anda mendaftar masuk ke Chalet.
MEMANCING.
Kepada mereka yang gemarkan aktiviti memancing, nikmatilah pengalaman ini di sekitar PulauPangkor dan Pulau Sembilan.Jika Anda berminat untuk menyertai aktiviti ini, sila buat tempahan awal untuk peralatan memancing dan bot. Mencandat sotong juga boleh di lakukan di sepanjang Pantai Teluk Nipah. Oleh itu, jangan lupa membawa atau membeli candat sebelum tiba di Pulau Pangkor.
PUKAT TARIK
Salah satu aktiviti yang paling menarik di Pulau Pangkor ialah menyertai aktiviti pukat tarik. Andaberpeluang menyertai aktiviti ini tanpa perlu turun ke laut. Segala tangkapan adalah milik Anda, untuk di BBQ atau untuk di bawa pulang
SELAM SCUBA
Boleh di lakukan di persekitaran pulau pulau kecil seperti Pulau Mentagor , Pulau Giam dan PulauSembilan.Untuk keterangan lanjut, sila hubungi En Adee ditalian 017 508 6594 /Office Tel No 03 80231370 atau layari www.scubatexpro.com.
JUNGLE TREKING
Kepada pencinta alam dan kehijauan, Anda boleh merasai pengalaman ini melalui aktiviti merentas hutan di Hutan Simpan Sungai Pinang atau merentasi laluan ke Teluk Segadas.Anda boleh mendapatkan pemandu arah dengan harga berpatutan
SEWA MOTOR / BASIKAL DAN KERETA
Untuk Pelancong yang gemar melawat ke seluruh pelosok pulau, di sini juga terdapat motor, basikal dan kereta untuk di sewa.Anda mestilah mempunyai lesen memandu yang sah dan mematuhi undang undang jalanraya dipulau ini.Untuk mendapatkan kenderaan yang selamat, Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nya diChalet

LAWATAN MENGELILINGI PULAU DENGAN TEKSI
Anda juga boleh menempah teksi untuk mengelilingi pulau. Teksi ini boleh di panggil ke tempat
penginapan apabila Anda memerlukannya.
Masa yang diambil untuk aktiviti ini sekitar 2 jam. Anda akan dibawa melawati tempat tempat
menarik seperti Kota Belanda, Batu Bersurat, Perkampungan Nelayan, Kilang Sate Ikan dan Mini
Great Wall.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan