Selasa, 22 November 2016

AKTIVITI AKTIVITI MENARIK

AKTIVITI DI PANGKOR

AKTIVITI LAUT

Berbagai aktiviti laut boleh di lakukan            
di Pulau Pangkor seperti snorkerling,
menaiki jet ski, island hooping,
berkayak, banana bot dan lain lain lagi.
Bagi yang meminati aktiviti memancing,
anda boleh memancing di sepanjang
pantai dan  paling popular ialah mencandat
sotong. Oleh itu, jika ke Pangkor jangan
lupa membawa pancing dan juga umpan
candat. Untuk yang meminati memancing
di luar pantai, kami juga menyediakan
bot dengan harga berpatutan


                                     .AKTIVITI SUKAN LAUT DAN PANTAI

Para pelancong berpeluang untuk merasai pengalaman pelbagai aktiviti sukan air dan pantai diPantai Pasir Bogak dan Pantai Teluk Nipah. Antara nya adalah seperti bermain jet ski, menaikibanana bot, berkayak, island hopping dan juga bermain bola tampar pantai.Kami akan menguruskan keperluan Anda untuk pelbagai aktiviti ini. Sila nyatakan waktu dan jenis aktiviti semasa Anda mendaftar masuk ke Chalet.


MEMANCING. 

Kepada mereka yang gemarkan aktiviti memancing, nikmatilah pengalaman ini di sekitar PulauPangkor dan Pulau Sembilan.Jika Anda berminat untuk menyertai aktiviti ini, sila buat tempahan awal untuk peralatan memancing dan bot. Mencandat sotong juga boleh di lakukan di sepanjang Pantai Teluk Nipah. Oleh itu, jangan lupa membawa atau membeli candat sebelum tiba di Pulau Pangkor.

 


PUKAT TARIK 

Salah satu aktiviti yang paling menarik di Pulau Pangkor ialah menyertai aktiviti pukat tarik. Andaberpeluang menyertai aktiviti ini tanpa perlu turun ke laut. Segala tangkapan adalah milik Anda, untuk di BBQ atau untuk di bawa pulang


SELAM SCUBA 

Boleh di lakukan di persekitaran pulau pulau kecil seperti Pulau Mentagor , Pulau Giam dan PulauSembilan.Untuk keterangan lanjut, sila hubungi En Adee ditalian 017 508 6594 /Office Tel No 03 80231370 atau layari www.scubatexpro.com.

 

 
JUNGLE TREKING 

Kepada pencinta alam dan kehijauan, Anda boleh merasai pengalaman ini melalui aktiviti merentas hutan di Hutan Simpan Sungai Pinang atau merentasi laluan ke Teluk Segadas.Anda boleh mendapatkan pemandu arah dengan harga berpatutan


SEWA MOTOR / BASIKAL DAN KERETA   

Untuk Pelancong yang gemar melawat ke seluruh pelosok pulau, di sini juga terdapat motor, basikal dan kereta untuk di sewa.Anda mestilah mempunyai lesen memandu yang sah dan mematuhi undang undang jalanraya dipulau ini.Untuk mendapatkan kenderaan yang selamat, Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nya diChalet


LAWATAN MENGELILINGI PULAU DENGAN TEKSI
Anda juga boleh menempah teksi untuk mengelilingi pulau. Teksi ini boleh di panggil ke tempat 
penginapan apabila Anda memerlukannya.
Masa yang diambil untuk aktiviti ini sekitar 2 jam. Anda akan dibawa melawati tempat tempat 
menarik seperti Kota Belanda, Batu Bersurat, Perkampungan Nelayan, Kilang Sate Ikan dan Mini 
Great Wall.
 




TEMPAT PENGINAPAN

chalet yang selesa di pulau pangkor

Nipah Water Front terletak di Pantai Teluk Nipah. Chalet ini mempunyai 5 unit Standard Romm (Sea View),6 unit Standard Room (Side View) dan 2 unit Family Room. Jumlah keseluruhan bilik adalah 13 unit semuanya. Ia boleh menanpung seramai 30 orang dalam satu-satu masa. Setiap bilik di sediakan kemudahan seperti tv astro, bilik air dan berhawa dingin.

HARGA BILIK SEPERTI DI BAWAH:   

AHAD-KHAMIS
JUMAAT-SABTU
CUTI SEKOLAH

CUTI UMUM


JENIS BILIK
SEA VIEW ( 2 org )

RM140.00
RM160.00
RM190.00

SIDE VIEW ( 2 org )

RM120.00
RM140.00
RM160.00

FAMILY ROOM ( 4-6 org )

RM180.00
RM220.00
RM290.00

 Nipah Water Front 

MAKANAN

MAKANAN YANG SEDAP DI PANGKOR

Mee untuk Laksa Pangkor diproses sendiri menggunakan tepung gandum. Kuahnya pula dua jenis iaitu kuah lemak bersantan atau yang macam sup tu dan dimakan dengan sambal. 

Selain daripada itu, makanan lain yang enak dimakan pepetang ialah cucur ikan kembung dan cucur ikan bilis basah


                     
Nipah Deli specializing in steamboat and noodle at Gerai Penjaja Teluk Nipah, Pulau Pangkor. Mereka juga bagus dalam penyediaan pes dan sos. 

Berbagai jenis makanan laut yang dihidangkan kepada kami tapi aku tak ambil ketam sebab tak reti makan. Tak tahu nak appreciate kesedapan ketam tu actually.







Isnin, 21 November 2016

MAKLUMAT SYARIKAT PELANCONGAN

MAKLUMAT SYARIKAT PELANCONGAN

Selamat Datang ke Pulau Pangkor, Perak destinasi percutian yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara kerana keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri.



Destinasi percutian yang amat popular ini masih mengekalkan keaslian semulajadinya dan amat sesuai untuk anda yang ingin bercuti bersama keluarga dan lari sebentar dari kesibukan kota atau beriadah sambil menenangkan fikiran di hujung minggu. 

Dari Kuala Lumpur anda boleh memandu melalui lebuhraya PLUS ke Ipoh dan seterusnya ke Lumut. Perjalanan dari KL-Lumut mengambil masa 3-4 jam kira-kira 250km, manakala Ipoh ke Lumut sejauh kira-kira 84 kilometer.



Sebaik sahaja tiba di Lumut, anda harus menaiki feri untuk tiba di Pulau Pangkor. Perjalanan menaiki feri dari Terminal Jeti Lumut ke Terminal Jeti Pangkor mengambil masa kira-kira 30-40 minit. Sebaik sahaja tiba di Jeti Pangkor, anda boleh menggunakan perkhidmatan teksi jenis van atau menyewa kenderaan seperti kereta dan motosikal


Fax +605-6918898
Email 
pangkorservices@yahoo.com

Khamis, 17 November 2016

TEMPAT TEMPAT MENARIK DI PULAU PANGKOR


   TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PULAU PANGKOR




  Ini ialah Pulau Pangkor.Ianya terletak di negeri Perak Darul Ridzuan.Luasnya cuma lebih kurang 2200 hektar dan penduduknya berjumlah lebih kurang 25,000 orang.Pulau ini merupakan salah satu destinasi pelancongan yang boleh dikatakan utama di Malaysia.Pulau Pangkor ini juga merupakan sebuah pulau tropika yang menawan dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik.Pulau pangkor ini juga boleh dijelajahi dengan berjalan kaki atau menggunakan kenderaan dan laut hangat di sekelilingnya sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang,memancing,snorkling,berkayak dan sebagainya.





Pasti anda tertanya-tanya bangunan apakah ini? Ataupun istana? Istana ada ke di tempat seperti pulau ini?
Haa.. sebenarnya ini bukan istana.Ini namanya Kota Belanda yang terletak di Pulau Pangkor.Kota Belanda ini terletak kira-kira 100 meter dari pantai.Pada tahun 1670,Kota Belanda ini telah dibina oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) untuk menyimpan bijih timah yang diperoleh dari negeri Perak.Beberapa bahagian kota ini telah dibaiki semula dan diperindahkan di persekitaran perkampungan nelayan melayu.





Ini ialah Teluk Nipah yang terletak di Pulau Pangkor.Teluk Nipah ini merupakan tempat perkelahan yang menarik dan popular untuk seisi keluarga.Ia mempunyai pemandangan yang cantik dan indah untuk dinikmati.Teluk Nipah juga mempunyai kemudahan awam dan tempat penginapan yang selesa.

PETA TEMPAT PULAU PANGKOR

DESTINASI MENARIK DI PULAU PANGKOR

Pulau pangkor adalah sebuah pelancongan yang popular di Malaysia.Tarikan utama pelancongan ialah kecantikan pantai, air laut yang jernih dan laut yang kaya dengan coral sertahidupan laut yang cantik. Pulau pangkor juga merupakan pulau bersejarah dimana ia pernah menjadi kubu belanda pada zaman dahulu. Buat pengunjungyang ingin merancang percutian bajet ke pulau pangkor , ini ialah maklumat aktiviti pelancongan dan tempat yang menarik di pulau pangkor untuk panduan anda.

PETA PULAU PANGKOR